twitter
rss


Pengetua


Assalamualaikum  Warahmatullahi  Wabarakatuh,Selamat  Pagi dan Salam
Satu Malaysia..

Tuan-tuan  dan Puan-puan  yang dihormati

Pertamanya mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran  ke hadrat lllahi  kerana dengan izin dan inayah-Nya  memberikan saya amanat tentang MBMMBI.Pembaca yang dimuliakan,Falsafah Pendidikan  Kebangsaan  adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan  lagi potensi individu  secara menyeluruh  danbersepadu untuk mewujudkan  insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi  dan jasmani berdasarkan  kepercayaan  dankepatuhan  kepada Tuhan. Usaha ini adalah  bagi melahirkan  rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab  dan berkeupayaan  mencapai kesejahteraan  diri serta memberi sumbangan  terhadap keharmonian  dan
kemakmuran  keluarga,masyarakat  dan Negara.

Bagi mencapai hasrat murni di atas pihak Kementerian  PelajaranMalaysia telah mengaris Dasar-dasar  penting bagi menjayakannya.Dasar-dasar  ini dibina mengikut perkembangan  dan peredaran  semasa.Sebelum  itu, elok rasanya kita mengetahui  apakah visi dan misi utama pihak Kementerian  Pelajaran Malaysia.Visi Kementerian  adalah SEKOLAH UNGGUL  PENJANA GENERASI TERBILANG  mana kala misinya pula, MEMBANGUN  POTENSI INDIVIDU  MELALUI  PENDIDIKAN  BERKUALITI.Selepas berakhirnya  Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan  (PIPP)  2006-2010 pihak Kementerian  Pelajaran Malaysia telah banyakmemperkenalkan  dasar-dasar  baru bagi memantapkan  lagi program sedia ada.Pengenalan  Dasar NKRA Pendidikan menumpukan perhatian kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan  lagi akses kepada pendidikan  berkualiti  dan berkemampuan.

Kepimpinan sekolah ,pihak Jabatan Pelajaran juga tidak ketinggalan pihak Kerajaan  Negeri yang sentiasa komited dan memberikan sokongan  padu memastikan  pendidikan  sentiasa menuju kepada
matlamat  diidamkan.

Pembaca yang dihormati,Kementerian  Pelajaran Malaysia  juga telah menambah beberapa dasar penting bagi memartabatkan  bidang pendidikan  di Negara ini.Antara  dasar-dasar  baru yang dikenalkan  adalah:

KSSR yang dimulai pada 2011
MBMMBI  dijalankan  bagi menggantikan  PPSMI
l Murid 1 Sukan
PBS
KSSM yang akan dimulakan  pada 2013

MBMMBI adalah Singkatan  kepada Memartabatkan  BahasaMalaysia Memperkukuh  Bahasa Inggeris.Dasar  ini dijalankan  bagi menggantikan  program yang pada suatu masa dahulu  dikenali  dengan PPsMl.Pengenalan  dasar baru ini tidak dijalankan  secara  drastik tetapi secara ansur-ansur  atau diistilahkan  softlanding.

Sokongan dan keperihatinan  dalam memartabatkan  institusi  pendidikan di sekolah ini.Segala-gala  terletak  di tangan para pendidik,mengemudi,menjadi  pelopor,  dan pencetus  serta penjana transformasi pendidikan  Negara.Banyak  kejayaan yang telah dicapai olen pelajar-pelajar  dari negeri kecil ini.Bidang koakademik  dan aktiviti kokurikulum  telah menaikkan  nama negeri di pesada antarabangsa  pada akhir tahun lalu.Tahniah  dan Syabas kepada semua pihak yang menjelmakan  kejayaan  cemerlang  dan manis ini.
Sesungguhnya usaha mesti diteruskan  untuk kejayaan  lebih cemerlang pada masa hadapan.Azam  kita ialah sedaya upaya memanfaat  segala ilmu dalam dada dan mengemblengkansegala  tenaga dan sumber  yang diperuntukkan  oleh kerajaan  kepada kita demi merakyatkan kecemerlangan  kesegenap pelosok Negara merentasi  daerah, negeri dan wilayah.

Sekian,
Wabillahi  taufik walhidayah  Wassalamualaikum  warahmatullahi
wabarakatuh.


En. Muhammad Bin Md. Salleh
(Pengetua SMK Adela)Penolong Kanan 1
Guru Kanan Matapelajaran Bahasa
Guru Kanan Matapelajaran Matematik & Sains
Ketua Panatia BM / BI / Mate / Sains